HFMD di Malaysia tidak 'seganas' di China – Dzulkefly - Utusan Malaysia

HFMD di Malaysia tidak ‘seganas’ di China – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kes wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Malaysia didakwa tidak seganas seperti di China.

DZULKEFLY AHMAD
DZULKEFLY AHMAD

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, China mempunyai vaksin untuk menangani kes HFMD berikutan kadar kematian yang dilaporkan adalah jauh lebih tinggi.

“Kes penyakit HFMD, alhamdulillah di negara kita, tidak seganas yang mana diperhatikan di negara lain seperti di China sehinggakan negara itu mempunyai vaksin untuk menangani HFMD dari segi jumlah kematian yang jauh lebih tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes HFMD di China berpunca daripada virus enterovirus 71 (EV71) yang pernah berlaku di Malaysia pada 1997 malah, sebanyak tujuh kes kematian kanak-kanak dilaporkan pada tempoh itu,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang meminta Kementerian Kesihatan menjelaskan sejauh mana kesan jangka panjang dan jangka pendek terhadap kanak-kanak yang dijangkiti HFMD.

Jelas Dzulkefly, sebanyak 51,147 kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara sejak 1 Januari sehingga 14 Ogos lalu.

Kata beliau, daripada jumlah kes itu, Sarawak mencatatkan sebanyak 6,209 kes atau 12.1 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN