Heung-min mengaku malu - Utusan Malaysia

Heung-min mengaku malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 18 Ogos – Nama besar dalam Sukan Asia, Song Heung-min mengaku berasa malu dan kesal dengan rakan sepasukannya apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Malaysia, pasukan yang berada 114 anak tangga di bawah mereka dalam ranking dunia.

Penyerang Tottenham Hotspur itu, yang membantu Korea Selatan menewaskan Jerman dalam peringkat kumpulan Piala Dunia Julai lalu, dibawa masuk pada minit ke-57 dalam perlawanan menentang Malaysia dengan ketika itu Taeguk Warriors ke­tinggalan kepada dua gol Safawi Rasid dan kehadirannya masih tidak mampu untuk menghalang pasukannya daripada tumpas 2-1 di Stadium Jalak Harupat malam tadi.

Katanya, dia kesal kerana peringatan awal yang diberikan kepada rakan sepasukan mengenai ancaman yang mampu diberikan setiap pasukan lawan telah tidak diendahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berasa malu dengan kekalahan yang mengejutkan ini.

“Pemain-pemain kelihatannya telah mengambil ringan. Selepas Malaysia menjaringkan dua gol, pemain-pemain mula bingung,” kata Heung-min, dipetik daripada Associated Press.

Pemain sayap itu, yang tidak bermain dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E ketika pasukannya membelasah Bahrain 6-0, dimasukkan pada minit ke-58 ketika pasukannya sedang ketinggalan kepada dua gol Muhammad Safawi Rasid dan kehadirannya sudah terlambat untuk membantu Korea Selatan mengubah keputusan.

Heung-min dan rakan-rakannya hadir ke sini dengan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pasukan empat tahun lalu di Incheon bagi membolehkan mereka mengelak daripada menghadiri latihan ketenteraan selama 21 bulan sebelum masing-masing berumur 28 tahun.

Heung-min kini berusia 26 tahun, bermakna jika Korea Selatan gagal membawa pulang pingat emas dia terpaksa menjalani latihan itu dan kariernya sebagai pemain profesional akan berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN