KUALA LUMPUR 11 Ogos – Setiap polemik mengenai bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya dipanjangkan dan dibicarakan lagi secara terbuka. Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, penyokong UMNO perlu bergerak ke hadapan dan kembali fokus kepada agenda islah serta proses reformasi berbanding berbicara mengenai penglibatan Najib dalam parti tersebut. Katanya, Pemuda UMNO juga amat menghargai keterbukaan Najib yang telah pun mengeluarkan kenyataan…