Hazman Al-Idrus cuba jauhi Tiaz Al-Khred selama setahun - Utusan Malaysia

Hazman Al-Idrus cuba jauhi Tiaz Al-Khred selama setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pasangan pelakon, Hazman Al-Idrus, 30, dan Tiaz Al-Khred, 29, bakal berkahwin pada tahun hadapan setelah mengikat tali pertunangan selama setahun dalam upacara yang berlangsung di sini semalam.

Menerusi Instagram miliknya, Hazman memuat naik foto-foto menggambarkan suasana majlis yang diadakan di kediaman keluarga Tiaz.

“Alhamdulillah, hubungan kami melangkah ke fasa lebih serius dengan memegang status tunangan orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas ini, tak dinafikan mungkin banyak dugaan menanti, sekali gus menjadi penanda aras mengukur keutuhan cinta kami.

“Sepanjang tempoh itu juga, saya akan cuba ikut nasihat orang tua-tua untuk menjauhkan diri daripada Tiaz.

“Moga ikatan ini sah disimpulkan sebagai suami isteri,” ujar empunya nama penuh Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus.

Tunangnya, Tiaz atau Sharifah Zakiah Syed Hashim Al-Khred menambah, proses tersebut diharap mampu mematangkan mereka sebelum mendirikan rumah tangga kelak.

Pada masa yang sama, Tiaz turut berbangga kerana dapat menyambung legasi keluarga kedua-dua belah pihak yang berdarah kacukan Arab bagi meneruskan keturunan Syed-Sharifah.

Bintang kelahiran program realiti Pilih Kasih musim ketiga itu turut akui perasaannya bercampur-baur dek peralihan fasa yang dialaminya kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN