Hari Kebangsaan 2018 paling bersejarah di Putrajaya - Utusan Malaysia

Hari Kebangsaan 2018 paling bersejarah di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Selepas 13 tahun, acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2018 kembali dengan penuh bersejarah ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan pada Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambutan kali ini mencatatkan sejarah kerana ia signifikan bagi meraikan pemerintahan kerajaan Persekutuan, yang kini diterajui Pakatan Harapan.

Selain itu, ia mencipta sejarah kerana tonggak pemerintahan baharu itu dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kembali menerajui kerajaan pada usia 93 tahun sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas berjaya mengetuai Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei lepas.

Sebelum ini, Mahathir menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri keempat dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Pemilihan Putrajaya sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini pastinya istimewa dan sentimental bagi Mahathir kerana beliau merupakan insan yang mencetuskan ilham membangunkan kawasan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Prang Besar, menjadi pusat pentadbiran negara pada 1995. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini