Harga siling, SST terhadap tiket penerbangan masih dalam kajian - Utusan Malaysia

Harga siling, SST terhadap tiket penerbangan masih dalam kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kementerian Pengangkutan masih mengkaji penetapan harga siling serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap tiket penerbangan sama ada akan memberi kesan baik ataupun sebaliknya kepada para pengguna di negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, meskipun kajian tersebut dijangka selesai pada penghujung bulan lalu, sebarang keputusan masih belum dapat dibuat kerana pihaknya sedang mengambil kira pelbagai aspek ketika ini.

Oleh sebab itu, katanya, pihaknya sedang mengadakan perbincangan lanjut bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi mencari penyelesaian yang sesuai dan terbaik untuk semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga siling tidak semestinya seratus peratus baik dan oleh sebab itu kerajaan perlu memikirkan manfaat penumpang yang menggunakan penerbangan dalam dan luar negara setiap tahun.

“Masalah kenaikan harga siling boleh berlaku pada waktu puncak musim penggunaan penerbangan, jadi segala perkara yang berkaitan masih dalam pertimbangan, soal SST juga belum dibuat apa-apa keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran AeroFile, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengenai kajian harga siling tiket penerbangan yang dijangka selesai pada hujung bulan Julai.

Pada masa yang sama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga bercadang untuk mengenakan  SST ke atas empat produk baharu termasuk tiket penerbangan domestik yang tidak termasuk dengan kawasan luar bandar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN