Harap UMNO Sabah kekal bersama BN - Utusan Malaysia

Harap UMNO Sabah kekal bersama BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap agar UMNO Sabah akan terus kekal bersama parti dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Khairy, meskipun menyertai blok pembangkang baharu iaitu Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS), ia tidak bererti UMNO Sabah perlu keluar daripada parti.

“Pada pandangan saya, mungkin gabungan ini lebih kepada satu platform untuk mereka usahakan isu-isu berkaitan dengan Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi ini tidak bermaksud bahawa UMNO Sabah perlu keluar daripada parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor mengesahkan parti itu  menyertai PGBS yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Kata beliau, keputusan tersebut dibuat memandangkan BN Sabah telah kehilangan parti komponennya selepas beberapa parti tempatan mengumumkan keluar daripada gabungan itu sebelum ini.

Katanya, tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang akan meninggalkan parti sebaliknya UMNO akan menyertai PGBS sebagai salah satu komponen di dalamnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN