KUALA LUMPUR 2 Ogos – Penghapusan tol di seluruh negara secara serentak seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) hanya memberi implikasi kewangan yang teruk kepada kerajaan. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, ini kerana kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol di negara ini amat tinggi iaitu berjumlah RM400 bilion. “Kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol dianggarkan mencecah RM400 bilion,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah ucapan Yang…










