JAKARTA 23 Ogos – Skuad boling negara menjadi penyumbang pingat perak Sukan Asia 2018 kedua buat kontinjen Malaysia selepas ekuastrian pada hari ini menerusi acara akhir trio lelaki di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Pelembang. Trio lelaki negara yang dibarisi Timmy Tan Chye Chern, Ahmad Muaz Mohd. Fishol dan Muhammad Rafiq Ismail berjaya menjatuhkan 4,235 pin kurang 109 jatuhan pin berbanding trio dari Jepun yang memenangi pingat emas. Pingat gangsa…










