Tiada siapa yang menyangka filem komedi Hantu Kak Limah hasil karya pengarah terkenal, Mamat Khalid berjaya mencatat kutipan tiket RM20.5 juta hanya dalam tempoh 11 hari tayangan. Ramai juga yang tidak menyangka jalan cerita yang ringkas dan lakonan pelakonnya mampu menyebabkan panggung wayang dipenuhi dengan gelak ketawa penonton. Elemen komedi dan dialog bersahaja menyebabkan seorang rakan penulis mahu menonton buat kali kedua walaupun dia sebelum ini skeptikal dengan filem-filem hantu…









