KUALA LUMPUR 19 Ogos-Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar yakin kelebihan beliau sebagai anak tempatan mampu memberi peluang kepada parti itu menang.
![]() |
|
Halimey Abu Bakar
|
Malah katanya, pengalaman sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini memberi nilai tambah dalam meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.
“Hubungan baik yang terjalin bersama MBPJ dan pengundi sudah tentu akan membantu Saya dalam memastikan setiap masalah diselesaikan dengan lancar.
“Sebab itu pengundi perlu menyokong PKR bagi memastikan program yang telah dibuat sebelum ini dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Pakatan Harapan DUN Seri Setia di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE












