Halimey mahu bantu golongan B40 - Utusan Malaysia

Halimey mahu bantu golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah atau B40 di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Halimey menjelaskan, golongan tersebut yang kebanyakkannya tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan pangsapuri kos rendah memerlukan perhatian kerana sering menghadapi pelbagai masalah termasuk gangguan kemudahan lif dan masalah bekalan air.

“Mereka menghadapi pelbagai masalah yang dipercayai berpunca daripada perbuatan vandalisme dan bagi mengatasi masalah tersebut saya mencadangkan agar pihak berkuasa memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bermasalah.

“Sebagai contoh apabila lif rosak, warga emas, ibu mengandung dan pesakit kronik berdepan dengan kesulitan dan kita tidak mahu masalah ini berlarutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PRK DUN Seri Setia menyaksikan pertembungan di antara Ha­limey dan calon Pas, Dr. Halimah Ali selepas penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin dari PKR meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN