Halimey gunakan kempen ingatkan pengundi keluar mengundi - Utusan Malaysia

Halimey gunakan kempen ingatkan pengundi keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar akan mempergiatkan kempen bagi menyeru pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK itu, 8 September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau juga akan menggunakan tempoh 21 hari berkempen sebaiknya dengan turun padang bagi mengingatkan pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka.

“Menerusi tempoh berkempen itu kita akan rangka beberapa strategi termasuk bertemu pengundi untuk mengingat dan menasihatkan mereka supaya keluar mengundi.

“Kita tidak mahu menjadi seperti PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, yang mana hanya separuh daripada pengundi berdaftar dari kawasan itu keluar mengundi,” katanya dalam sidang akhbar pada hari kedua kempen PRK itu, di sini, hari ini.

Jelas Halimey, jumlah peratusan keluar mengundi itu penting bagi memastikan kerusi DUN tersebut kekal menjadi milik PH.

Menurut beliau, ia juga bagi membolehkan program Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Selangor dapat diteruskan dengan jayanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN