Halimey dapat sokongan pemimpin Amanah - Utusan Malaysia

Halimey dapat sokongan pemimpin Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Ogos – Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar menerima sokongan daripada kepemimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, antara pemimpin tersebut ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Mahfuz Omar serta Setiausaha Agung, Mohd. Anuar Tahir.

“Ada, mereka turun antaranya Mat Sabu (Mohamad), Mahfuz dan Anuar. Mereka turun ceramah saya dan mengatur program membantu kempen kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan bendera Jalur Gemilang dan risalah di Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman TTDI Jaya, di sini, hari ini.

Tambah Halimey yang akan berdepan calon Pas, Dr. Halimah Ali, beliau turut berhubung dengan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang bertanyakan perkembangan kempen.

“Chin Tong dan beberapa pemimpin DAP boleh membantu kami di Seri Setia tapi mereka mahu memberi tumpuan terhadap kempen di PRK DUN Balakong,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Halimey berkata, sepanjang 10 hari berkempen, fokus utamanya ketika ini adalah mengingatkan para pengundi supaya turun menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 8 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini