Halimah dapat rasa denyut nadi orang susah - Utusan Malaysia

Halimah dapat rasa denyut nadi orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dilahirkan dan membesar selama 17 tahun di Marudi, Sarawak, calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr. Halimah Ali mengakui dapat merasai denyut nadi golongan berpendapatan rendah di kawasan ditandinginya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atas sebab itu, katanya, beliau amat memahami penderitaan dihadapi penduduk di kediaman kos rendah seperti di Lembah Subang dan Desa Mentari dekat sini yang terpaksa berdepan pelbagai kekurangan infrastruktur.

Menurutnya, keadaan penduduk di kawasan tersebut agak menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku di bandar raya dan Selangor yang dikenali sebagai negeri maju.

“Sudah tentu apabila melihat penduduk yang tinggal di pangsapuri kos rendah di sini bukan sesuatu yang baharu. Saya boleh rasai denyut nadi orang susah.

“Kawasan Seri Setia ini ada bangunan pencakar langit tetapi infrastruktur di beberapa pangsapuri kos rendah di sini agak daif dan menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan beramah mesra dengan pengunjung Pasar Malam Lembah Subang dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini