GUA MUSANG 23 Ogos – Seorang wanita dan anak perempuannya maut manakala dua lagi anaknya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam cerun sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, Maslan Hassan, 55, yang berada di tempat duduk belakang dan anaknya, Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut…










