KEMAMAN – Hasrat seorang atlet silat untuk mewakili negeri untuk Sukan Malaysia (Sukma) buat pertama kali tidak kesampaian apabila dia mati lemas di Pantai Teluk Kalong di sini semalam. Mayat Shahir Aqil Shahrun, 19, ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 4.30 pagi hari ini. Turut hilang dalam kejadian pada pukul 6.23 petang semalam ialah dua…










