Hafizh masih pelumba terbaik - Utusan Malaysia

Hafizh masih pelumba terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih kekal sebagai pelumba baharu yang pa­ling ba­nyak meraih mata pada Kejuara­an Motosikal Dunia (MotoGP) walaupun hanya meraih kedudukan ke-16 pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring kelmarin.

Pada perlumbaan itu, anak kelahiran Ampang itu gagal meraih sebarang mata, namun kekal menghuni kedudukan ke-16 daripada 27 pelumba secara keseluruhan dengan 24 mata.

“Perlumbaan ini sangat baik untuk mengekalkan rentak ­saingan, namun saya agak kecewa kerana tidak memberikan aksi terbaik pada sesi kelayakan yang akhir­nya menyusahkan saya meraih kedudukan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ternyata jentera Yamaha tidak sesuai dengan Litar Red Bull Ring dan kami terpaksa melupakan beberapa sesi percubaan kerana faktor cuaca yang tidak menentu.

“Ini adalah kali pertama saya beraksi di litar itu menggunakan jentera lebih berkuasa. Litar itu nampak mudah, namun reali­tinya ada selekoh sangat tajam dan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perlumbaan tersebut me­nyak­sikan pelumba Ducati, Jorge Lorenzo meraih podium pertama, manakala pelumba Honda, Marc Marquez di kedudukan kedua.

Dalam pada itu, Hafizh berjanji untuk meningkatkan kualiti tunggangannya pada sesi kelaya­kan menjelang saingan GP Bri­tish yang bermula 24 Ogos depan.

“Saya akan cuba mendapatkan kedudukan terbaik pada sesi kelayakan selepas ini kerana faktor tersebut sangat penting. Kami memang boleh berlumba de­ngan baik sekiranya berada dalam kelompok depan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN