PELUMBA sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih kekal sebagai pelumba baharu yang paling banyak meraih mata pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) walaupun hanya meraih kedudukan ke-16 pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring kelmarin. Pada perlumbaan itu, anak kelahiran Ampang itu gagal meraih sebarang mata, namun kekal menghuni kedudukan ke-16 daripada 27 pelumba secara keseluruhan dengan 24 mata. “Perlumbaan ini sangat baik untuk mengekalkan rentak saingan, namun…










