Guru tidak mengaku miliki video, gambar berkaitan Daesh - Utusan Malaysia

Guru tidak mengaku miliki video, gambar berkaitan Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Seorang guru sekolah rendah di Kuching, Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki enam keping gambar dan 16 buah video berkaitan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbitnya, Disember tahun lalu.

Muhamad Naseefullah@Heawian Einie, 47, yang diwakili peguam Zaini Bakar membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam didakwa memiliki barangan tersebut di dalam telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Tab miliknya di balai polis, Aras 2, Ruang Ketibaan Dalam Negeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang dekat sini pada pukul 3.22 petang, 1 Disember 2017.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Izhanudin Alias mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130JB(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan barangan boleh dilucutkan hak.

Mahkamah menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN