MELAKA – Dua bekas guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menganiaya empat kanak-kanak di Tadika Pusat Perkembangan Kanak- Kanak (PPKK) Seri Bijak Bestari di sini pada bulan lalu.
Tertuduh, Rozana Sawal, 41, dan Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, masing-masing mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan, Rozana didakwa menampar pipi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hingga terjatuh dari kerusi dan menampar pipi seorang budak lelaki berusia lima tahun sebanyak dua kali.
Nor Sulastri pula didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dengan mengangkat dan meletakkan mangsa di atas leher seorang kanak-kanak lelaki serta mencubitnya.
Tertuduh juga didakwa mengasari seorang kanak-kanak lelaki lain berusia tiga dengan mengangkat dan mengigit tangannya.
Kesemua perbuatan tersebut dilakukan kedua-dua tertuduh pada pukul 9 hingga 11 pagi di tadika berkenaan.











