Guan Eng: Najib perlu jawab soalan - Utusan Malaysia

Guan Eng: Najib perlu jawab soalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Ogos – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (gambar) terus menggesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tiga soalan berkaitan kehilangan RM19.25 bilion daripada tabung bayaran balik cukai barangan dan perkhid­ma­tan (GST).

Memuatkan artikel berkaitan…
LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Beliau berkata, sukar untuk memper­cayai bekas Perdana Menteri itu tidak menyedari bahawa sebanyak 121,429 syarikat dan individu terjejas akibat kehilangan wang tersebut sejak 2015.

“Adakah Datuk Seri Najib akan memberikan jawapan yang sama apabila keterangannya diambil oleh pihak polis nanti. Sekiranya pihak polis percaya Datuk Seri Najib tidak memberikan kelulusan maka Tan Sri Dr. Mohd. Irwan (bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan) akan menanggung segala kesalahan.

“Bukan sahaja kesalahan jenayah pecah amanah tetapi juga menyalahgunakan atau melebihi kuasanya dengan mengambil kuasa seorang menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini 
hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini