Guan Eng mengaku silap lapor - Utusan Malaysia

Guan Eng mengaku silap lapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam memohon maaf kepada Dewan Rakyat ke­rana tersilap lapor mengenai jumlah sebenar baki dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan pada minggu lepas.

Menurut beliau, baki sebenar tabung berkenan adalah RM148.6 juta dan bukannya RM1,486 juta (RM1.48 bilion) seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Ini bermaksud jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah lebih besar daripada apa yang dilaporkan sebelum ini iaitu RM19,248 juta (RM19.24 bilion) berbanding RM17,911 juta (RM17.91 bilion),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan menteri di Dewan Rakyat di sini semalam.

Minggu lalu, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Cukai Per­khidmatan 2018, Guan Eng menyebut baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM1.48 bilion.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN