GPMS Kedah harap PH Kedah teruskan tuisyen percuma untuk pelajar miskin - Utusan Malaysia

GPMS Kedah harap PH Kedah teruskan tuisyen percuma untuk pelajar miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 16 Ogos – Program Tuisyen Barakah yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sebelum ini sewajarnya diperluaskan pelaksanaannya demi manfaat para pelajar dari keluarga miskin di negeri ini.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Shamsul Bahar Abd. Rani berkata, pelaksanaan program tuisyen tersebut dilihat mampu memberi impak positif kepada pendidikan anak bangsa.

“Pelajar sebagai generasi pewaris negara hendaklah diasuh dan diberi bimbingan sewajarnya agar mereka bersedia untuk mewarisi negara ini pada masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menggesa pemimpin masyarakat, NGO, ibu bapa dan guru untuk terus memberi perhatian kepada dan bersama-sama menjayakan program pendidikan seperti Tuisyen Barakah yang pasti amat bermakna untuk golongan kurang berkemampuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Dr. Salmee Said ketika menggulung perbahasannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, kerajaan negeri akan mengkaji semula keberkesanan program Tuisyen Barakah sebelum memutuskan sama ada ia dikekalkan atau sebaliknya.

Menurutnya, program yang diwujudkan kerajaan terdahulu itu perlu dinilai semula kerana hanya memanfaatkan sejumlah kecil pelajar.

Ketika ini program tersebut memanfaatkan kira-kira 2,000 pelajar terdiri daripada pelajar miskin berpotensi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN