Google sangkal dakwaan Trump - Utusan Malaysia

Google sangkal dakwaan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 28 Ogos – Google mempertikaikan dakwaan Presiden Donald Trump bahawa enjin carian miliknya hanya memaparkan berita negatif tentang pemimpin itu dengan menegaskan syarikat itu tidak menentukan keputusan carian berdasarkan politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melalui satu kenyataan Google memaklumkan, apabila pengguna membuat pencarian melalui `Google Search’, pihaknya akan memastikan mereka menerima jawapan yang relevan dalam tempoh beberapa saat.

“Enjin pencarian ini tidak digunakan untuk menetapkan agenda politik dan kami tidak berat sebelah dalam memaparkan keputusan berhubung mana-mana ideologi politik.’’

“Setiap tahun kami memperbaharui beratus-ratus isu bagi memastikan kandungan yang berkualiti tinggi berdasarkan pertanyaan pengguna dan kami bekerja untuk meningkatkan ketepatan Google Search serta kami tidak meletakkan penarafan terhadap keputusan carian bagi memanipulasi sentimen politik,’’ lapornya. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini