Giliran Fouziah Gous tunai haji - Utusan Malaysia

Giliran Fouziah Gous tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Fouziah Gous berkongsi berita gembira apabila terpilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Fouziah,35, menerusi akaun Instagram miliknya berkata, dia dan suami, Zhafran Yusof, 35, berangkat ke tanah suci Mekah pada hari ini.

“Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous dan Zhafran Yusof dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan fardu haji 1439H dan akan berlepas ke tanah suci hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di kesempatan ini, kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kekhilafan secara sengaja atau tidak,” tulisnya.

Pelakon yang popular dengan drama Senafas Cinta itu turut meminta agar peminat mendoakan keselamatan mereka sepanjang berada di sana.

Terdahulu, Fouziah yang berkahwin pada 21 September 2013 dikurniakan dua orang anak iaitu Zeeshan Yusuf, 3, dan Zaheen Yusuf yang berumur sembilan bulan.

Selain Fouziah, antara selebriti yang turut menunaikan ibadah haji pada tahun ini ialah pelakon Betty Banafee yang telah berangkat semalam. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN