PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab. Hamid direman selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tempoh reman ke atas wanita berusia 61 tahun itu bermula semalam sehingga 2 September depan. Hasanah disiasat SPRM mengikut Seksyen…










