KANGAR 2 Ogos – Seluruh anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk terus memberi bimbingan dan didikan kepada generasi baharu agar bersama-sama mempunyai semangat mempertahankan kedaulatan negara. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan tersebut khususnya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak mestilah di didik agar mempunyai nilai-nilai terpuji dan kesedaran cintakan negara. Baginda bertitah, para pemimpin juga harus berusaha lebih keras dalam memberi kefahaman dan peringatan kepada setiap lapisan…










