JAKARTA 9 Ogos – Satu gempa bumi susulan menggegarkan Pulau Lombok hari ini, mencetuskan panik dan trauma kepada penduduk ekoran kemusnahan akibat gempa pada Ahad lalu yang setakat ini meragut lebih 319 nyawa. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memberitahu, gempa kuat berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat di barat laut Pulau Lombok ketika pasukan penyelamat masih bergelut untuk mencari mangsa terselamat daripada sisa runtuhan bangunan. Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gegaran itu antara yang terkuat daripada 355 gempa susulan yang melanda pulau tersebut sejak Ahad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya