BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Israel melakukan serangan besar-besaran ke seluruh Semenanjung Gaza semalaman sebagai serangan balas ke atas kira-kira 150 bedilan roket yang dilancarkan ke wilayahnya, menyebabkan tiga rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak maut, kata pihak berkuasa semalam. Kebanyakan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin mendarat di kawasan terbuka, tetapi sekurang-kurangnya dua mengenai bandar Sderot, Israel yang terletak berhampiran Semenanjung Gaza. Kejadian itu menyebabkan siren kecemasan dibunyikan sepanjang malam…










