SHAH ALAM – Kerajaan Negeri mengarahkan sebuah kilang ais, yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Klang di sini, supaya dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai jauh dari kawasan perumahan dan kawasan sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, pemilik premis berkenaan perlu memindahkan operasi kilang itu secepat mungkin bagi mengelak berulangnya kejadian kebocoran gas…










