Gas amonia bocor: SMJK Chung Hwa jalani PT3 Rabu ini - Utusan Malaysia

Gas amonia bocor: SMJK Chung Hwa jalani PT3 Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa yang sepatutnya menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini dijadualkan untuk mengambil ujian itu Rabu ini. 

Penjadualan semula ujian berkenaan berikutan sekolah itu terpaksa ditutup akibat kebocoran gas amonia yang berlaku di sebuah kilang kira-kira 150 meter daripada sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, pihaknya telah merujuk perkara berkenaan kepada Lembaga Peperiksaan dan keputusan telah diambil untuk melaksanakan ujian berkenaan Rabu ini.

“Kita dimaklumkan juga bahawa Lembaga Peperiksaan akan turun untuk memantau peperiksaan yang akan dijalankan pada Rabu ini.

“Bagaimanapun, sesi persekolahan bagi sekolah tersebut pada esok hari berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, dua pekerja warga asing kilang memproses ais, maut selepas dilaporkan terhidu gas amonia yang bocor, manakala 18 lagi dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN