Gas ammonia bocor: Kilang ais diarah pindah lokasi - Utusan Malaysia

Gas ammonia bocor: Kilang ais diarah pindah lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Ogos – Kilang memproses ais di Seksyen 36 di sini yang menjadi punca kepada kebocoran gas ammonia dan menyebabkan dua pekerjanya maut serta 27 orang dimasukkan ke hospital, diarah untuk berpindah ke lokasi lain.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata, kewujudan kilang itu di kawasan terbabit tidak sesuai kerana ia mengundang bahaya kepada penduduk sekitar.

Menurutnya, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini juga telah menarik balik lesen yang membenarkan kilang itu beroperasi di kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan pastikan kilang ini tidak lagi beroperasi di sini dan perlu dipindahkan ke kawasan lain yang lebih selamat.

“Ini kawasan kediaman dan berhampiran sekolah. Kita mahu kilang ini dipindahkan secepat mungkin, terutamanya gas ammonia yang masih ada di dalam kilang terbabit,” katanya ketika melawat kilang itu.

Isnin lalu, dua pekerja kilang terbabit maut, manakala 21 lagi dihantar ke hospital ekoran berlaku kebocoran gas ammonia.

Semalam, enam pelajar pe­rempuan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa yang terletak berhampiran kilang itu, dikejarkan ke hospital akibat terhidu gas ammonia selepas berlaku kebocoran kali kedua.

Loy Sian memberitahu, kebocoran kali kedua itu tidak sepatutnya berlaku dan dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik kilang yang melakukan kerja-kerja pembaikan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Kita telah arahkan MBSA untuk mengawal kawasan kilang ini 24 jam dan kini kita sedang fikirkan bagaimana untuk memindahkan baki gas ammonia yang masih ada di dalam kilang terbabit.

“Proses pemindahan gas itu berbahaya dan memerlukan prosedur operasi standard (SOP), tapi kita akan usahakan untuk melakukannya minggu depan iaitu ketika cuti sekolah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN