Gajikan tukang masak berkelulusan - Utusan Malaysia

Gajikan tukang masak berkelulusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia menggalakkan pengusaha restoran dan kedai makan untuk mengambil tukang masak berkelulusan dari institusi latihan tempatan seliaan kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia bagi memastikan golongan muda yang menerima latihan intensif serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidang berkenaan mampu memperoleh pendapatan berterusan.

“Kerajaan tetap meneruskan pelbagai agenda latihan industri tempatan dalam bidang kulinari dan kursus berkaitan yang telah dimulakan kerajaan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bidang masakan tidak lagi dipandang rendah, malah mempunyai kelasnya yang tersendiri kerana institusi latihan tempatan terbabit juga telah banyak melahirkan mereka yang bertauliah dalam bidang masakan,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rak­yat di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN