KOTA TINGGGI – Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta Toyota Avanza dipandunya melanggar seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai, di sini malam tadi. Kejadian kira-kira 10.30 malam itu menyebabkan Mohd Khairul Abdul Karim, 33, cedera di bahagian muka kiri membabitkan pipi, bibir dan kelopak mata hingga menerima 20 jahitan akibat hentakan. Mohd Khairul yang merupakan pekerja Felda berkata kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya…










