KOTA KINABALU – Seekor gajah jantan yang ditemui cedera akibat terjerat di kawasan hutan di Taliwas daerah Lahad Datu pada Isnin lalu telah diberikan rawatan oleh anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah. Dimaklumkan, gajah yang berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu mempunyai kesan luka lebih kurang lima sentimeter pada bahagian kaki kanan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan pemantauan bagi memastikan haiwan itu sembuh sepenuhnya. “Kawasan luka pada kaki gajah terbabit dilaporkan beransur pulih selepas diberikan rawatan segera. “Selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya