KUALA LUMPUR 2 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pertukaran Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam tempoh 24 jam baru-baru ini kerana kegagalannya menangani masalah judi daerah itu. Katanya, selain Ali terdapat beberapa lagi ketua polis daerah dan pegawai lain turut ditukarkan. Ujarnya, tindakan ini dilakukan sebagai pengajaran kepada ketua polis negeri dan daerah lain berhubung kegiatan ini. “Beliau tidak terlibat dalam…










