Gagal tangani isu judi, beberapa ketua polis daerah ditukar serta merta - Utusan Malaysia

Gagal tangani isu judi, beberapa ketua polis daerah ditukar serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa Ketua Polis Daerah diarah bertukar serta merta berikutan kegagalan menangani isu perjudian di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara berkenaan, Mohamad Fuzi berkata, arahan secara spesifik telah diberikan kepada pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah.

“Kalau saya buat serbuan dan mendapati (masih) ada pusat perjudian di daerah berkenaan tindakan serta merta akan diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini, operasi banteras perjudian masih berterusan dan kami tidak akan bertolak ansur, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan pembukaan majlis Kursus Komunikasi Professional, di Maktab PDRM di Cheras, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, beliau sendiri akan membuat dan menyertai operasi judi secara mengejut jika memperoleh maklumat dan mengikut keperluan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN