Gagal berunding, lelaki Thailand lepaskan sembilan das tembakan - Utusan Malaysia

Gagal berunding, lelaki Thailand lepaskan sembilan das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 24 Ogos – Seorang lelaki warga Thailand bertindak ganas dengan melepaskan sembilan das tembakan ke arah pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini dalam kejadian pada Rabu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki berkenaan bertindak demikian selepas dikatakan tidak berpuas hati kerana gagal berunding bagi mendapatkan semula 12 guni daum ketum milik dua rakannya yang dirampas oleh pasukan keselamatan tersebut kira-kira pukul 11 pagi hari sama.

Berikutan kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu, seorang anggota PGA cedera ringan selepas terkena serpihan tingkap yang pecah akibat daripada tembakan tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota risik PGA telah merampas daun ketum di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, namun dua suspek melarikan diri ke negara jiran.

“Kemudian datang seorang lelaki Thailand mahu berunding dan meminta barang tersebut dikembalikan kepada rakannya tetapi pegawai dan anggota PGA enggan berbuat demikian.

“Suspek selepas itu pergi ke pos PGA Padang Besar dan memanggil seorang anggota sebelum bertindak mengacukan dua pucuk pistol ke arahnya.

“Anggota tersebut melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan sambil meminta rakan-rakannya yang lain juga berbuat demikian. Ketika itu, suspek turut melepaskan sembilan tembakan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Azisman, usaha memburu suspek terus giat dijalankan termasuk dengan meminta bantuan daripada polis Thailand.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN