KETIKA merakamkan lagu Tak Pernah Hilang sekitar penghujung Februari lalu, baik Amylea mahupun Kaer, masing-masing tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu yang turut menjadi runut bagi drama bersiri Nur itu. Bagi Amylea selaku penulis lirik, cukup sekadar lagu ciptaan Farouk Roman itu digemari oleh penonton drama tersebut dan dalam masa sama mendapat respons positif daripada pengkritik muzik. “Jujur saya katakan, sewaktu mahu merakamkan lagu Tak Pernah Hilang, saya dan…










