KUALA TERENGGANU18 Ogos – Festival Peranakan Terengganu yang dianjurkan sejak empat tahun lalu akan dipromosi dengan nama Festival Mek dan Awang Terengganu bermula tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkataan Mek dan Awang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri ini dan juga peranakan Cina. “Apabila disebut Mek, ia panggilan mesra, sebagai ganti nama kepada seseorang wanita yang…










