CEF selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob akan menunaikan janjinya untuk bersanding semula bersama isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz dalam sebuah majlis persandingan yang dijangka diadakan pada November depan. Sebelum ini, Fazley, 40, pernah menyuarakan hasrat untuk kembali bersanding kerana mahu meraikan rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada hari perkahwinan mereka 12 tahun lalu. “Niat itu memang sudah lama ada dan ramai sedia maklum dengan hasrat saya ini. Insya-Allah…










