KUALA LUMPUR 23 Ogos – Meminati penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow sejak sekian lama, pemuda yang berasal dari Geylang, Singapura iaitu Fariz Jabba, 22, tidak menjangka dia akan dilamar oleh bekas anggota kumpulan Too Phat itu. Menceritakan detik permulaannya bergelar penyanyi, Fariz atau nama sebenarnya Fariz Rashid memuat naik sebuah klip video di laman sosialnya sementelah mengetahui Joe sedang mencari bakat baharu untuk diketengahkan. “Tidak beberapa lama selepas klip…










