FAMA buka 3 lagi pasar tani - Utusan Malaysia

FAMA buka 3 lagi pasar tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Ogos – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri ini akan membuka tiga lagi tapak pasar tani baharu di sebelum penghujung tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah FAMA negeri, Mohd. Sharizan Mansor berkata, ketiga-tiga tapak pasar itu dibuka di daerah ini, Kota Tinggi dan Segamat.

“Setakat ini di Johor telah mempunyai 65 tapak pasar tani dan kita akan membuka tiga lagi sebelum hujung tahun ini.

“Setakat ini, kita telah mengemukakan permohonan dan sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan lokasi tapak pasar tani yang akan dibuka,” katanya pada majlis penutup Karnival JOM Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) di sini sebentar tadi.

Karnival yang diberi nama JOM, iaitu singkatan bagi J untuk jualan, O bagi Opportunity (peluang kerjaya) dan M (merdeka) itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umaf Bagharib Ali dan dihadiri Pengarah Politeknik PMJB, Azirin Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini