F1: Vettel sekat penguasaan Hamilton - Utusan Malaysia

F1: Vettel sekat penguasaan Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPA-FARNCORCHAMPS, Belgium 27 Ogos – Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menyekat penguasaan pendahulu keseluruhan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton apabila menjuarai Grand Prix Belgium awal hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu membolehkan pelumba Jerman itu berjaya mengurangkan jumlah perbezaan mata dengan pelumba Mercedes itu dalam perebutan merebut gelaran juara dunia musim ini dengan kedua-duanya kini hanya dipisahkan 17 mata.

Dengan tinggal lapan sahaja lagi baki perlumbaan musim ini, Vettel dan Hamilton masing-masing masih berpeluang merangkul kejuaraan. Ini merupakan kemenangan kelima buat Vettel musim ini untuk menyamai pencapaian Hamilton.

Hamilton dari Britain pula walaupun bermula di petak depan tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila ketinggalan 11.061 saat di belakang Vettel. Mereka sekali lagi akan bersaing di GP Itali hujung minggu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN