Enam remaja yang sesat ketika mendaki Gua Musang berjaya dibawa turun malam tadi - Utusan Malaysia

Enam remaja yang sesat ketika mendaki Gua Musang berjaya dibawa turun malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Enam remaja lelaki berumur 19 tahun yang dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di gua batu kapur Gua Musang, di sini malam tadi berjaya diselamatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Empat daripada remaja berkenaan ialah Muhammad Taufiq Arman, 19, Muhammad Saifullah Ab. Ghani, 19, Muhammad Naim Azhari, 19, dan Muhammad Naim Syahmi Nasri, 19.

Dua lagi mangsa tidak dikenali identitinya.

Kesemua mangsa beralamat di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang berkata, pihaknya menerima  panggilan pada pukul 10.10 malam dan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.

“Kejadian itu disedari oleh penduduk kampung berhampiran gua batu kapur itu apabila melihat isyarat lampu dan asap yang dibuat sekumpulan remaja berkenaan.

“Usaha mencari melibatkan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula kira-kira pukul 10.30 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, seramai 13 anggota pasukan mencari dan menyelamat mendaki gua itu bagi melakukan operasi menyelamat. 

“Beberapa orang penduduk kampung turut menyertai operasi berkenaan dan berjaya membawa turun kesemua remaja terbabit dalam keadaan selamat.

“Kita percaya remaja berkenaan telah hilang arah petunjuk ekoran cuaca gelap,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN