SHAH ALAM 16 Ogos – Tindakan pantas seorang pengetua mengarahkan semua guru dan pelajarnya keluar dari kawasan sekolah berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku apabila kilang memproses ais akibat kebocoran gas ammonia Isnin lalu berulang lagi. Usaha pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hua itu berjaya namun hanya enam pelajar berusia 15 hingga 17 tahun mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam serta Hospital Tengku Ampuan Rahimah,…










