KUALA LUMPUR 28 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanan serta kenaikan pangkat berkuat kuasa serta merta.
![]() |
|
|
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang akan memegang jawatan baharu sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Tambahnya, Asisten Komisioner Parol (III), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya, Asisten Komioner Rosman Omar pula akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Che Zaimani sebagai Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
“Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Anuar Omar pula akan mengambil tugas Rosman sebagai Asisten Komisioner Parol (III), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.
“Manakala Ketua Bahagian Pengurusan Ibu pejabat Polis Daerah Sepang, Deputi Superitenden Hasron Nazri Hashim pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kampar, Perak dengan memangku pangkat Superitenden,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE












