Empat kilang makanan dan restoran ikan bakar ditutup kerana kotor - Utusan Malaysia

Empat kilang makanan dan restoran ikan bakar ditutup kerana kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS – Empat buah kilang memproses makanan dan sebuah restoran ikan bakar terkenal di daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kerana kotor.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus dan lipas serta bahan mentah di letak di atas lantai di semua premis itu, yang turut dikenakan kompaun.

“Dalam Op Pulau Pinang Sihat yang bermula pukul 8.30 pagi dan tamat lapan jam kemudian sebanyak lima premis diarahkan tutup, premis yang terlibat ialah dua buah kilang iaitu masing-masing membuat laksa dan mi serta kue teow di Lahar Kepar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, sebuah kilang membuat roti di Kepala Batas dan kilang memproses kicap serta sos di Sungai Puyu, Butterworth serta sebuah restoran ikan bakar terkenal di Kepala Batas juga diarah tutup kerana kotor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata semua kilang dan restoran itu diarahkan tutup selama 14 hari bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN