VIRGINIA 3 Ogos – Arahan berpindah telah dikeluarkan di Lynchburg di sini berikutan kebimbangan Empangan College Lake gagal berfungsi sekali gus menyebabkan banjir. Menurut Jabatan Sumber Air Lynchburg, paras air di empangan itu kini melepasi kapasiti 15 sentimeter (sm) selepas hujan semalam. Bandar Lynchburg merupakan penempatan yang terletak di bahagian hilir empangan berkenaan, lapor portal BBC. Perkhidmatan Air Negara memaklumkan, jika empangan itu gagal berfungsi sepenuhnya penempatan itu akan ditenggelami…










